Malam Kesenian Islam di Kluang, Johor



MALAM KESENIAN ISLAM BERSAMA KOPRATASA, USTAZ AKIL HAYY & ALTERNATIVE BAND CLUB

TEMPAT : DEWAN MEMBAIKI AKHLAK CHEE LUAN KHOR, NO 88 JALAN LAMBAK, 86000 KLUANG, JOHOR
TARIKH : JUMAAT / 2 APRIL 2010
MASA : 8.00 MALAM

KUPON DERMA BERNILAI RM 10, RM 20 DAN RM 30

Kutipan bertujuan untuk kegiatan Kelab Remaja Amal Kluang, Kuliah Pengajian Agama, Tajwid dan Al-Quran, Kelas Tahfiz, Kursus dan Seminar, Pembentukan Remaja, Kelas Tuisyen Akademik untuk Remaja dan Program Kemasyarakatan Remaja
[Read More...]


Umno/BN..... roboh rumah



[Read More...]


Kisah rakyat Malaysia:



Kisah sedih rakyat yang lemah dan tidak ada kuasa. Apa Umno boleh buat.?? Pekakkan telinga pejamkan mata??



Kg.Rimba Jaya Selangor 2007





Denai Pinggiran, Johor 2010
[Read More...]


Arak, Judi.... hmmmm



Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.

Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.

"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.

Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.

Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.

Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;

"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.'

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.

Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marah kenapa, duduklah.

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?

Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.

Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?

Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin. -EP

http://warkahdaily.blogspot.com/
[Read More...]


PAS Kutuk Penahanan Mazlan, Felda Talian Hayat Umno



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk penahanan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Penahanan beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub petang semalam merupakan penahanan politik.

PAS melihat bahawa beliau menjadi mangsa atas daya usahanya yang memimpin peneroka Felda dalam Persatuan Anak yang berjuang untuk mempertahankan hak para peneroka. Penahan ini juga dilihat sebagai usaha untuk menakut-nakutkan para peneroka lain agar tidak memberikan kerjasama atau menyertai Anak ini.

Felda-Talian Hayat Umno

Felda sebenarnya menjadi ‘anak emas’ Presiden Umno yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan mempunyai lebih dari 113,000 orang peneroka (Tidak termasuk keluarga mereka), Felda merupakan talian hayat terakhir bagi Umno dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada Pilihanraya lalu.

PAS berjaya menembusi Pahang di DUN Semantan dan Berserah, dimana kedua-duanya bukanlah kawasan Felda dan Umno masih boleh menang selesa di Pahang kerana bantuan pengurusan Felda yang menyekat masyarakat Felda menerima informasi yang betul.

Kezaliman Felda

Felda yang dulunya adalah satu projek perladangan untuk menjana ekonomi rakyat dibawah program DEB kini diuruskan oleh Syarikat milik Kerajaan iaitu FELDA Holdings yang memiliki lebih 60 buah anak syarikat yang beroperasi di dalam dan luar negara. Pada tahun 2008 jumlah hasil perniagaannya mencecah jumlah RM15.4 bilion.

Walaupun pendapatan Felda Holding begitu besar, namun peneroka menjadi mangsa bila mana Peneroka tidak dibenarkan menanam semula sendiri kelapa sawit. Mereka diberikan hutang untuk membayar semua kerja ini yang diswastakan kepada anak syarikat Felda Holding iaitu Technoplant.

Selain itu, Felda melakukan pelbagai strategi bagi memaksa peneroka menyerahkan tanah mereka. Felda Plantations menawarkan mereka untuk menjadi pemegang saham dengan kadar bayaran pulangan bulanan adalah RM 1,500-RM 2,100 tanpa perlu bersusah payah bekerja diladang seperti dahulu. Namun mereka yang bersetuju dipaksa membuat pinjaman kos menanam semula kebun dan membina rumah baru. Jumlah hutang ini sekitar RM70,000-RM 90,000 sedangkan mereka yang menolak masih mampu hidup tanpa hutang dengan hasil sekitar RM 4,000-RM 7,000 sebulan.

Itu adalah sebahagian kecil fakta yang menjadi rintihan peneroka Felda. Namun, usaha membongkar lebih banyak penindasan semakin cuba dihalang. Umno juga dilihat mempergunakan sentimen Melayu bagi menghasut peneroka menolak Anak, walhal Pengerusinya sanggup ke penjara untuk perjuangkan masa depan mereka.

PAS menyokong perjuangan Anak dan mahu hak peneroka Felda untuk bersuara tidak disekat. Peneroka Felda bukan banduan, mereka adalah rakyat yang merdeka dan berhak untuk bertemu sesiapa yang mereka suka. Jadi tidak ada salahnya jika Mazlan ingin bertemu mereka. Dan sebagai Pengerusi Anak, beliau berhak untuk meninjau ahli-ahlinya disemua kawasan kerana hak untuk berpersatuan dijamin oleh perlembagaan negara ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

[Read More...]


Perak: Kuota untuk orang Umno




http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com/2009/11/ada-kah-ini-satu-dasar-pemberian-tanah.html

[Read More...]


Umno lepas tangan dalam tragedi Natrah



SHAH ALAM 10 MAC: Walaupun mengajak semua pihak bersatu dengan mengambil tragedi Natrah sebagai contoh, pimpinan Umno sebenarnya lepas tangan dalam memperjuangkan akidah gadis Belanda itu.

Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu sebelum diambil alih Umno, Said Zahari berkata, Umno tidak mengambil peduli isu berkenaan sebaliknya membiarkan tokoh pembangkang lain memainkan peranan.

"Umno sebagai parti tidak terlibat. Kecuali adalah beberapa orang pemimpin kelahiran Singapura antaranya (Tun) Saadon Zubir," katanya kepada TV Selangor hari ini.

Beliau mengakui Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman terlibat dalam perjuangan berkenaan tetapi Presiden Umno kedua itu pada masa berkenaan, belum menyertai Umno.

Said berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kononnya meminta umat Melayu-Islam di negara bersatu dengan mengambil contoh tragedi Natrah.

Sebaliknya Utusan Malaysia dengan memetik kenyataan Muhyiddin cuba memutar belit sejarah kononnya semua parti termasuk Umno mendukung perjuangan terhadap Natrah.

Kenyataan itu dibuat pada pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata, kononnya Umno bersama-sama Hizbul Muslimin dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bersatu mempertahankan kesucian Islam Natrah.

Tragedi Natrah atau nama sebenarnya Maria Hertogh di Singapura pada tahun 1950 hingga kini menjadi simbol perjuangan Islam dinegara ini.

Gerakan memperjuangkan akidah Natrah, bukan gerakan bersepadu parti politik sebaliknya didominasi tokoh parti pembangkang termasuk bekas Presiden PAS, Dr Burhanuddin Helmy

Baca seterusanya (sini)

Dari:Ayid
[Read More...]


Apa kata TPM:



TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lepas membuat ulasan tentang TGNA. Beliau mengatakan TGNA tidak hormat mufti. Mari kita perhatikan adakah fatwa yang dikeluarkan dihormati oleh pemimpin Umno ???

# Mengata dulang paku serpih..mengata orang aku ni yang lebih...




Bila ada mufti fatwakan haram Jom Heboh..sapa yang tak dengar kata..

Bila mufti fatwakan haram bertafakur di Tugu..sapa yang tak ambil pok..

Bila mufti arahkan serbuan dan tangkap gadis yang bermaksiat di pub..sapa yang duk bela gadis tu dan hentam mufti yang akhirnya terpaksa mufti lepaskan jawatan..


Wallahulam....
[Read More...]


Dari FB Menteri Pelajaran



al-Bakri fi Muar

Hari sambil menulis dalam FB, "terklik" FB Menteri Pelajaran merangkap TPM. Berikut ada catatan yang diambil dari FB beliau. Ikuti masalah guru-guru yang berjauhan dari keluarga bukan sahaja mengalami gangguan perasaan malah mungkin juga masalah kasih sayang anak-anak yg semakin membesar.


  • Cha Imsa Pertukaran guru dalam negeri perlu mematuhi etika dan semangat keguruan. Guru yang diarah bertukar perlu dipanggil dan diberi penjelasan agar tidak berlaku salah faham. Kebiasaan guru ditukarkan kerana kononnya bermasalah. Benarkah? Bermasalah kepada siapa? Perlu ada prosedur yang lebih jelas atau ketelusan agar tiada guru yang teraniaya dan dianiaya. Guru ibarat lilin.. tetapi tidak mampu menerangi jika tiada cahayanya....
    pada 04hb Januari pukul 11.18 ptg · Lapor
  • Cha Imsa Betul
    pada 04hb Januari pukul 11.19 ptg · Lapor
  • Shida Hassan Assalamu'alaikum wbt.
    pada 08hb Januari pukul 8.28 ptg · Lapor
  • Syarliza Yusoff nak pindah ikut suami tapi tak dapat.... waa.... Bulan 5 ni genap laa setahun kami tidak tinggal sebumbung.... camne tu?
    pada 12hb Januari pukul 4.21 ptg · Lapor
  • Man Jawa biasala kena sabar. kita kerja untuk negara. jadi guru ni keluarga no 10.kerja no 1.sekolah no 2.
    pada 08hb Februari pukul 9.04 ptg · Lapor
  • Arbayah Aris nak pindah Sri Iskandar Perak...dah buka ker tok pertukaran setengah tahun?
    boleh x tukar suka sama suka?ada yang berminat?
    Semalam pada pukul 10.29 ptg · Lapor
  • Syarliza Yusoff betul2...kerja no 1...sekolah no 2... keluarga no 10... esok dah bercerai berai biar laa sekolah yg jawab....
    Hari ini pada pukul 6.28 pagi · Lapor
  • Norasmah Majdi hmmm ntah la...bila berlaku kes cerai br kalut...tp tu pun GB @ pegawai tak kisah...kalu g cite kat diorg mslh kita pun...diorg akan jwb...cikgu...org lain lg byk mslh....saya ni dh nk 2 tahun berjauhan..anak pun mmbesar tunggang langgang...$ gaji ni abis dok berulang alik je....org yg xde mslh @ komitmen senang2 lak dpt tukar ikut suami...dh tu bukan org asal negeri tu lak....kabel2.......
    Hari ini pada pukul 10.23 pagi · Lapor
  • Syarliza Yusoff duNia ni mmg tak aDil...main poliTik kotor... yg aDa kaBel besar mCm gajah baRu kena laYan... berBakti kpD aNak bangsa, sokong 1 Mlaysia... last2 keluarga senDiri yg bercerai beRai... Dunia ni mmg tak aDiL...
    11 jam yang lalu · Lapor
  • Helmy Rizal Salam...ana lagi sedih...dah 3 setengah tahun berjauhan...dah ada anak...penat tau poket selalu kene ke Sarawak...tak tahan macam nie...mental rasa berat sangat..nasib baik tak gila....Alhamdulillah...tetapi takkan nak tunggu ana jadi gila....gila rindukan anak dan uminya..................tolonglah dengar rintihan nie Tan Sri..............................hope for your help.............
    sejam yang lalu · Lapor
  • Norasmah Majdi sy pun xtau la ape mslh kita bab pertukaran ni...bila pegawai bg reason mmg xleh terima...kalu dia nk beku kan kata xleh utk guru xckptempoh kena buat semua xleh tukar...jgn ada yg kenal sedara mara ckit dpt lak tukar...tu yg terjadi....sy ni pun berusaha gak cr kabel...tp kabel sy semua xlaku...xtau la kabel mana yg diorg terima...dh pegi semua JPN dh...tp syukur la suami mampu nk mengasuh anak walaupun dia berkerja shif...that y anak jd tunggang langgang....dh la anta nursery je....nenek & tok wan dh xde....ntah la
    sejam yang lalu · Lapor

http://www.facebook.com/topic.php?uid=27632893549&topic=12871
[Read More...]


Ulasan TSH: .......



al-Bakri fi Muar

Sekian kalinya Tan Sri Harussani menjawab kenyataan TG Nik Aziz.

Terjemahan : Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang- orang yang berlaku adil. - (9) al Hujurat : 9

Kelantan dinafikan royalti : zalim ke tidak?

Terengganu dihentikan pemberian royalti selepas Pas memegang kuasa: zalim ke tidak?

Sekadar luahan....

Kakitangan kerajaan yang menyokong dan ahli Pas ditukar tempat kerja, memisahkan keluarga: zalim ke tidak?

Menangkap tanpa sebab (ISA): yang ni zalim tak?

dan banyak lagi ....


[Read More...]


Artikel Pilihan munggu ini: Petrol oh petrol....



al-Bakri fi Muar,

Hmmm... rasa dah lama tak update blog ni. Minggu ini berada diluar kawasan menghadiri bengkel yang berkaitan dengan kejuruteraan.

Kita tinggal sekejap cerita diatas. Hari kita ingin menceritakan tentang petrol iaitu untuk kenderaan dari negara jiran. Hari terjumpa satu blog.... saya tertarik dengan isinya yang ringkas dan harap sangat KPD HEP boleh ambil idea tersebut. Sila ikuti artikel beliau.

http://umnogoyangtelor.blogspot.com/
Kaedah jual petrol kepada warga asing masih dirangka

PEKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kini dalam proses menyiapkan kertas kerja berhubung usaha mengawal penjualan petrol kepada warga asing, sebelum dibawa ke Kabinet.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kementerian mengadakan perbincangan dengan Makmal Rasionalisasi Subsidi (MRS) bagi mencari jalan terbaik menangani isu itu. [lagi]

KEMENTERIAN YANG PALING TAK GUNA DALAM MALAYSIA...kah kah kah kah..kah kah kah

TAK HABIS-HABIS DENGAN PETROL?

NAK SETLE MASALAH KECIK MACAM TU PUN TAK TAU...BANGAP MACAM IKAN KELI...kah kah kah kah

BENDA KECIK MACAM TU PUN KENA BAWA KE KABINET...MENYUSAHKAN SUAMI ROSMAH JER...kahkah kah kah

APA LA PUNYA BAHLOL SANGAT MENTERI UMNO NI

APA SUSAH2 BUAT SAJA PERATURAN MACAM NI:

1) PASTIKAN SEMUA KENDERAAN ASING SEBELUM MEREKA MELINTAS MASUK SEMPADAN MALAYSIA...TANGKI KENDERAAN MEREKA MESTI 'PENUH'

2) BILA MEREKA MAHU MENINGGALKAN MALAYSIA...PASTIKAN TANGKI KENDERAAN MEREKA MESTI BERISI PENUH JUGA.

a. INI BERMAKNA MEREKA 'MESTI' MENGISI MINYAK MALAYSIA BAGI PENUH TANGKI DULU SEBELUM DIBENARKAN MELINTASI SEMPADAN.

b. JUAL LA MINYAK PADA PUAK-PUAK NI DENGAN HARGA SEKALI GANDA. IAITU RM3.60/LTR (RON95)

c. SO KALAU KAU TAK NAK ISI SUDAH...BOLEH BELAH

TUGAS KITA CUMA BUAT PERATURAN DAN KUAT KUASAKANNYA. TETAPI JIKA MASIH ADA PENIPUAN INI BERMAKNA KEMENTERIAN INI MEMANG BETUL2 TAK GUNA...kah kah kah kah

SEBAB PEGAWAI2 & KAKITANGAN BHG PENGUATKUASAANNYA HANYA 'GOYANG TELOR'...kah kah kah kah...PENGUATKUASAAN TIDAK BERKESAN.

MACAM MANA PENGUATKUASAAN NAK BERKESAN SEBAB MENTERI PUN 24 JAM CONFUSE...kah kah kah kah...SELEPAS CONFUSE...BAHLOL...GUNA JALAN TERAKHIR PENAIK HARGA...kah kah kah kah..kah kah kah
[Read More...]


MUFTI PERAK BERTINDAK MACAM EJEN UMNO - NIK AZIZ



KOTA BARU, 7 Mac — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkilan dengan Tan Sri Harussani Zakaria Khamis lalu yang mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan syor membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu, yang telah ditolak PAS tahun 2008, sambil menyifatkan Mufti Perak itu bertindak macam “ejen” Umno.”

Menteri Besar Kelantan itu berkata sekiranya Harussani berpandangan Islam dan politik harus selari, tetapi dalam masa yang sama terus melibatkan jubah muftinya dengan politik bererti beliau telah menjadi ejen.

“Dan dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen Umno. Kemuliaan seorang mufti hilang kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

“Saya kira, seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa),” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Nik Aziz meluahkan perasaan itu ekoran tindakan Harussani yang menyebut namanya secara terbuka di hadapan khalayak pada program tersebut yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) minggu lalu.

Harussani mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.

Beliau mendakwa PAS Perak menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

“Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

“Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.

“Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” kata beliau dipetik akhbar tempatan.

Nik Aziz menambah hendak menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

“Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan,” katanya.

Beliau memberitahu mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang.

“Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik oleh seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz tidak mengesahkan dakwaan Harussani bertemunya sebaliknya hanya bertanya “tidakkah tindakan Harussani itu membuktikan keterlibatannya dengan politik?”

Tegasnya, jika mufti sendiri sanggup melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik.

“Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar.

“Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah Umno.

“Jika Mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS,” katanya.

[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors